Adv

Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, 27 July 2011

Runsing..kepala pusing!!

am in the office right now, doing nothing.i just can't think. just want to go home but i can't because i have some urgent work need to be done.Iman sakit,demam panas.Tanak makan ubat dan ingin makan jika aku yang kasi,Arrgghhhh!

i just want to go home now!!!!shiitt..macam nak jadi suri rumah jer bila pikir masalah ni.Serba serbi tak kena.Nak balik tak boleh,kena tunggu payroll sign pi bank pastu settle dah.but masih pending sebab belum sign lagi.Macam nak bagitau boss boleh tak ko sendiri pi bank????arrgghhh tapi mulut tak bercakap.

Sometimes kita tak banyak pilihan untuk di pilih.Ingat macam pilih2 ikan dipasar?? :p

Oleh kerana commitment,aku masih disini.Kaku disini.Otak tak jalan. Risau pasal keadaan anak tersayang.Buat bende semua pon tak kena asyik ingat anak yg tak sihat.

Aku tau,korang mesti pikir bende kecik kan??anak tak sihat tu perkara biasa kan??bagi aku tidak..iman pernah admitted selama 5 hari kat SJMC pasal tak sihat ni la.Mula2 pikir perkara biasa demam ni tapi kalau bagi kanak2 jangan sekali pikir biasa2.Mesti alert sentiasa..

Oowhh,aku teringat kan Yana kawan aku yg jauh dimata,semoga tuhan memberikan kekuatan pada dirinya dan tabahkan hatimu,kawanku.

i want to go homeee.


Uuwaaaaa....
This man and boy are part of me :)


Monday, 25 July 2011

Lari-lari marathon mengejar Bas

Pagi tadi,semasa aku on the way ke office aku ternampak seorang lelaki lari2 anak mengejar bas Metro itu. Terlintas aku terkenang memory dulu semasa naik public transport ke tempat kerja.

Tahun 2003

Setiap pagi (Isnin hingga jumaat)

7.00am: Harus berjalan sejauh 50meter ke bus stop

7.30am: agak2 waktu sebegini bas Metro bernombor 10,13 akan sampai. Dari jauh tersenyum simpul aku melihat bas tersebut yang penuh dengan orang2 seperti aku yang tidak punya kenderaan sendiri.

8.00am:Masih dalam perjalanan,kerana bas itu akan mengambil setiap penumpang yang ingin ke destinasi mereka,mungkin ke Sunway pyramid atau ke subang jaya.Aku berusaha keras ingin mendapatkan tempat duduk dan pada masa yg sama alert terhadap warga tua dan perempuan mengandung.Pada waktu itu aku masih mudah remaja dan perihatin pada wanita yg perlukan tempat duduk.

eh amoi tu mcm perut buncitla mcm perempuan preggy jer,tapi aku pon letih..aarhhh kasi kat dia la.

amoi,you duduk la i kasi u tempat duduk ni.

it's ok it's ok you duduk,kata amoi tuh

eh i ok,you kan pregnant sambil tunjuk jari ke perut nyer(bangga siut nak buat baik ni)

haiya..ni perut buncit maa bukan pregnant..


gulpp..oohhh so soryyyy!!

Pada masa yang sama aku amat malu sangat atau takut kalau amoi tu akan marah maut kat aku,tapi aku pikir takpe la kalau dia nak marah pun,niat aku ikhlas nak kasi dia duduk sebab aku ingat di pregnant,sapa suruh dia perut buncit macam orang pregnant hahahaha (mentang2 masa tu aku kurus :p ) ok sambung..

8.30am: Lebih kurang waktu ni aku akan sampai ke USJ 10, Taipan.Tapi aku perlu berjalan kaki lebih kurang 150 atau lebih ke office.


Macam tu la kehidupan aku dulu,hari2 naik bas ke tempat kerja dan aku hanya bawa duit ngam2 ke tempat kerja kerana kes ragut menjadi2 dan office mate aku dulu dah 3 kali jumpa orang nak ragut beg dia (3 kali okkk) dan cousin aku yang kerja tempat sama dengan aku pon pernah sekali menjadi mangsa ragut.Mak aku hari2 risaukan keselamatan aku.


eppi, bawa beg tu hati2 tau,kalau orang ragut campak jer beg tu.


yer mak, insyaallahhh doakan keselamatan eppi yer,eppi pon bawa duit sikit jer.


Tahun 2005



Aku kahwin pada umur 22 tahun ketika itu,dan selepas bulan Ogos 2005, aku tidak lagi perlu naik bas ke tempat kerja,ada suami yang menghantar atau memandu sendiri ke tempat kerja.

syukran..syukran..

sampai sekarang aku amat memahai mereka2 yang perlu dan terpaksa naik bas ke tempat kerja. Selagi boleh, aku akan menolong kawan2 aku kat office ini yang sama jalan ke rumah aku,aku akan tumpangkan.

Tolong menolong amalan mulia,jangan lah pula minta dibalas yer. Tuhan saja yang boleh membalas jasa baik anda itu.

Hopefully anak aku tak akan tinggal bas sekolah nanti :)




Sunday, 24 July 2011

Empty

Oooowhh, i left my blog empty since last week.

Moron me ihiks :p nothing want to share to you but never mind i will come back soon, i rush for deadline for payroll. Bila nak masuk end of the month jer especially 2 weeks before aku dah agak kelam kabut yer la HR la kunun.

Aku mengambil begitau banyak masa untuk menaip entry yg gila simple ni.Kejap2 jawab call,kejap2 orang panggil,kejap2 itu dan kejap2 ini..Pening?

Kepala pusing dah nie.

So now i just left my blog with nothing's new.

p/s: bz la beb.nanti aku update la apa yg patut nyer.


Errrmmmmmm..am blank!

Wednesday, 13 July 2011

I want..i want..i want..


clap..clap..clap..

heheheheh i am not talking about you but i am talking something else.

:)

Braun Buffel Sling Bag

Since i already have a wallet from Braun Buffel,can i have their sling bag pula. Cun kan babe taruk wallet dan handbag sama brand.hihihiihih.

tanak Coach, tanak LV ,nak Braun Buffel jeeeer..Bolehhhhhhhhhhhhhh???





Ehh sayang bulan september birthday kita laaaa, can i have this carrrr???????????

Rumah ngan keta sama harga...nak makan pakai apa??

:p




Bulan depan kan anniversary kita, nak ni boleeehhhhh?

6 tahun lepas dah dapat...satu cukup laaaa

:p jelir lidah lagi..

Ok takpe..


can we go to this place again...???


Rasanya nak pergi lagi la tempat bertaraf 5 star diamond niii... best dan nyaman sekali..

Ooittt jgn berangan, mahal la, nak pergi lagi pikir 18 kali ok..

:p jelir danjelir lidah lagi..

p/s:bak kata ex office kat sini, lu balik...lu tido..lu mimpi
 eh jap jap..Braun Buffel sling bag tu ok apa...

i wanttttt..










Wednesday, 29 June 2011

Blank

Sometimes you will feel not so confident with yourself, feel so sad..

why???

DEMOTIVATED..

don't know why..

:(













1st Time

Nothing goes so smoothly for the 1st time trying..
If yes..clap, clap, you are so perfect...


Ada ke.??


You tell me...










Sunday, 19 June 2011

Hari Perasmian blog ini.

Skema betul Entry atas ni :)

Secara rasminyer saya umumkan perasmian blog saya yang sekarang ini sudah ada 5 follower + diri sendiri secara paksaan atau volunteer hihihihih. Sungguh Innocent blog aku ni.

Thanks pada rakan2 yang terdekat iaitu safuan,Epah,Rozy dan yang terbaru CT si Toge(kawan si safuan) and let me describe apa sumbangan mereka terhadap blog saya yang tak seberapa ini eceh ecehehehehhe.

  • Safuan adalah kawan sekolah ku sejak dari form 4 sampai sekarang.Beliau memberi pelbagai idea untuk saya mempelbagaikan lagi isi2 atau topik dalam blog saya ini.Termasuk idea memberi nama blog saya ni iaitu,namakueppi,preetyeppi,pelangihidupku etc but i choose my own iaitu zeffi83.Thanks again.
  • Epah & Rozy adalah 1st Batch(boleh gitu??) Follower paksaan saya :) hihihih i likeeeeeeee.
  • Ct Si Toge adalah kawan terbaru saya yang menjadi tunjuk ajar bende yang saya patut pelajari iaitu uploads gambar.Thanks a lot CT Si Toge.
Kawan baru patut kita hargai dan yang lama patut kita hormati.

Love you guys :)


and you guys are raawwkkkkkkkkk!!!



Ok dengan ini saya merasmikan blog pertama saya. Ccceeewwwahhh!! macam guru sekolah merasmikan acara sukan tahunan pula :)

Well,

To all the readers,happy reading and leave me comment. Ehh Eppi sudah ada reader baca awaknyer blog ke??

Neexxtt please....

Friday, 17 June 2011

Weekends

Ok ladies and gentlemen,

Sekarang sudah masuk minggu weekend and am away from laptop and Internet during weekend!!!

Happy Weekends and see you next week :)

Thursday, 16 June 2011

Marilah Berkenalan denganku

Krrringgg...krriiinggg..krrriiingg.(tu bunyi telephone office yer rakan2)

Aku:Hellooo XXXXXX (sebut nama company)
Bank Officer:Saya Safuan dari bank CIMB,saya nak buat staff confirmation,siapa yang bercakap ni??
Aku:Saya zeffi dari HR Department.
Bank Officer:OOwhh Zetty..
Aku:Bukan..zeffi
Bank Officer:OOwh Jeffy.
Aku:Bukan Jeffy tapi ZEFFI.(penat nyer aku)
Bank Officer:????(aku rasa dia tengah garu kepala)
Aku:Z(zebra),E(elephant),F(ferry),F(ferry),I (india) soooo Z.E.F.F.I (Zeffi).
Bank Officer:OOoowhhhhh...ZEFFI,susahnyer nak sebut,selalu orang nama Zetty dan tak pernah pulak dengar nama ZEFFI.
(ok tamat sudah)

Errmmm,biasa macam ni la terjadi,bila on the phone ke,face to face ke,bila aku sebut nama aku jer(pasti kena ada ulangan macam cerita kat ASTRO tu yang selalu berulang2 cerita nyer).
Nak buat macam mana dah nama aku macam tu sambil jeling kat Indok(mak aku punya adik perempuan dan makcik yang paling aku sayang selain mak aku)dia la kasi nama aku ni.Ok rakan2 cerita ini ada 2 scene yer(masa dahulu dan masa sekarang).

Masa Dahulu......

Pada suatu hari...,

Aku:Mak..sapa kasi nama eppi ni?(oowhh nama eppi pula nama manja aku dan orang rapat jer selalu panggil aku eppi).
Mak:Indok kau la, kau pi la tanya Indok. Pastu Mak senyap.Mak aku memang jarang bercakap dengan aku semasa kecil.Mak hanya bercakap bende yang penting dan jarang sekali bergurau denganku(aku complaint dalam senyap).OOoh forget it.

Since then,aku tunggu Indok datang kerumah dan aku tekad bertanya sendiri kat dia.

Aku:Indok.... eppi tanya Mak hari tu,sapa kasi nama NORLIZEFFI ni?
Indok: sambil senyum dan mengambil masa beberapa saat untuk bercerita(nak susun ayat la tu).Masa mak ko mengandung ko dulu tu,mana ada masa nak belek2 buku pasal nama ke atau terlebih concern baby bakal lahir itu adalah laki atau perempuan ke bla bla bla (ok indok eppii try tu paham cerita anda yer,sebab masa tu aku sekolah rendah).Sooooo masa tiba lahirnya kau didunia ini,mak dan abah ko paling excited sebab dapat anak perempuan dan masa tu otak tak jalan apa2 yang mereka tahu "EXCITED" hah..tu la words yg mengambarkan perasaan mereka ketika itu.Aku Terharu!SoOo mereka memberi tugas kepada Indok untuk memberi nama. Indok Pilih Norliz Effi (patut nyer ada jarak antara Norliz dan Effi).Abah kau pon sama tulis main laju jer dia yang sambung NORLIZEFFI tu.
Aku:Nama Norlizeffi tu maksudnyer apa Indok?
Indok:Indok cuma tahu Nor/Nur tu cahaya tapi yang lain tu tak tau.(uiksss mcm tu pon boleh ke).

Macam tu la kisahnya. Indok aku bagitau kat aku,semasa mak nak keluar hospital after delivered aku la tu,abah bayar bill hospital tanpa ambik balance duit tu,dia ckp sedekah kat hospital, can see shinning in his eyes bila dapat anak perempuan iaitu aku.am so touching mendengar cerita dari Indok aku.TAPI aku.???dah le nakal,tak dengar cakap,pemalas,tak tolong buat kerja rumah :)
(kena tulis dlm tulisan paling kechik sebab malu).

Masa Sekarang......

Aku paham for the 1st time orang akan sebut nama aku suka hati mereka sebab mereka tak budget nama aku ZEFFI. Aku maafkan. Sometimes ada people tu berkata... hey jangan u suka2 panggil nama orang itu la ini la,tulis pon jangan salah la.Elehhh kalau nama ko pelik bin ajaib macam mana orang tak silap panggil.Soooo jangan la nak pikir orang paham mengenai nama kamu atau pasal diri kamu.

Moral of the story is: Maafkan mereka dengan kesalahan mereka yang tidak sengaja itu.Let it go.Sometimes korang sendiri yang buat semak kat otak korang dengan isi yang tidak berfaedah. eh jap jap ...related ke dengan cerita aku diatas tu.hiiihihi belasah la labbbuuuuu.

See you next time!

Wednesday, 15 June 2011

Totally New

Please refer to the above tittle :) am totally new!..

Well,

berfikir untuk menulis apa yang perlu dan apa yang tidak. Mengambil sedikit masa untuk menulis sesuatu yang agak janggal dibuat. Maklum la 1st timer :)

Jumpa lagi.
p/s: penulis ingin menghirup udara segar untuk mendapatkan mood menulis di kemudian hari. (padahal bos tengah panggil dan phone berdering2 ditalian untuk dijawab)

chow!