Adv

Monday, 25 July 2011

Lari-lari marathon mengejar Bas

Pagi tadi,semasa aku on the way ke office aku ternampak seorang lelaki lari2 anak mengejar bas Metro itu. Terlintas aku terkenang memory dulu semasa naik public transport ke tempat kerja.

Tahun 2003

Setiap pagi (Isnin hingga jumaat)

7.00am: Harus berjalan sejauh 50meter ke bus stop

7.30am: agak2 waktu sebegini bas Metro bernombor 10,13 akan sampai. Dari jauh tersenyum simpul aku melihat bas tersebut yang penuh dengan orang2 seperti aku yang tidak punya kenderaan sendiri.

8.00am:Masih dalam perjalanan,kerana bas itu akan mengambil setiap penumpang yang ingin ke destinasi mereka,mungkin ke Sunway pyramid atau ke subang jaya.Aku berusaha keras ingin mendapatkan tempat duduk dan pada masa yg sama alert terhadap warga tua dan perempuan mengandung.Pada waktu itu aku masih mudah remaja dan perihatin pada wanita yg perlukan tempat duduk.

eh amoi tu mcm perut buncitla mcm perempuan preggy jer,tapi aku pon letih..aarhhh kasi kat dia la.

amoi,you duduk la i kasi u tempat duduk ni.

it's ok it's ok you duduk,kata amoi tuh

eh i ok,you kan pregnant sambil tunjuk jari ke perut nyer(bangga siut nak buat baik ni)

haiya..ni perut buncit maa bukan pregnant..


gulpp..oohhh so soryyyy!!

Pada masa yang sama aku amat malu sangat atau takut kalau amoi tu akan marah maut kat aku,tapi aku pikir takpe la kalau dia nak marah pun,niat aku ikhlas nak kasi dia duduk sebab aku ingat di pregnant,sapa suruh dia perut buncit macam orang pregnant hahahaha (mentang2 masa tu aku kurus :p ) ok sambung..

8.30am: Lebih kurang waktu ni aku akan sampai ke USJ 10, Taipan.Tapi aku perlu berjalan kaki lebih kurang 150 atau lebih ke office.


Macam tu la kehidupan aku dulu,hari2 naik bas ke tempat kerja dan aku hanya bawa duit ngam2 ke tempat kerja kerana kes ragut menjadi2 dan office mate aku dulu dah 3 kali jumpa orang nak ragut beg dia (3 kali okkk) dan cousin aku yang kerja tempat sama dengan aku pon pernah sekali menjadi mangsa ragut.Mak aku hari2 risaukan keselamatan aku.


eppi, bawa beg tu hati2 tau,kalau orang ragut campak jer beg tu.


yer mak, insyaallahhh doakan keselamatan eppi yer,eppi pon bawa duit sikit jer.


Tahun 2005



Aku kahwin pada umur 22 tahun ketika itu,dan selepas bulan Ogos 2005, aku tidak lagi perlu naik bas ke tempat kerja,ada suami yang menghantar atau memandu sendiri ke tempat kerja.

syukran..syukran..

sampai sekarang aku amat memahai mereka2 yang perlu dan terpaksa naik bas ke tempat kerja. Selagi boleh, aku akan menolong kawan2 aku kat office ini yang sama jalan ke rumah aku,aku akan tumpangkan.

Tolong menolong amalan mulia,jangan lah pula minta dibalas yer. Tuhan saja yang boleh membalas jasa baik anda itu.

Hopefully anak aku tak akan tinggal bas sekolah nanti :)




3 comments:

moon said...

saya pon kak..teringat dulu g sekolah petang naik bus..kejar2 bus..and then balik ke rumah selepas sekolah..xsampai nk picit loceng.. kene naik atas bangku picit loceng..ouh memori dulu2..xdpt dilupakan..

zeffi said...

hihihihihihi kita akan memahami mereka itu pabila kita telah merasa apa yang mereka rasa.

k.zeffi harap anda paham.sebab tengah melalut ni :p

RainiRizuan said...

ha...ha...eppi..niat mu murni sungguh tp sayang sribu kali syang... t;slh org...ha..ha..